Kerjaya Cheryl K

Pada tahun 2010, Cheryl mewakili Malaysia di Kejohanan Seni Persembahan Sedunia (World Championships of Performing Arts; WCOPA) di Hollywood dan memenangi pingat Emas termasuk Hollywood Industry Award dan Champion of the World Senior Division Awards.[15][16] Beliau kemudian dijemput kembali beraksi sebagai artis undangan untuk 23rd Annual WCOPA Grand Finale do Terrace Theater di Long Beach, California di mana ia disiarkan secara web di seluruh dunia.[17]

Sebelum berpindah ke Los Angeles, Cheryl pernah berkongsi pentas dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor dan Vince Chong.[18]

Pada tahun 2014, Cheryl telah dijemput untuk beraksi bersama penerbit muzik dan pemenang Anugerah Grammy, David Foster. Beliau turut berkongsi pentas bersama penyanyi-penulis lagu R&B Amerika Syarikat, Eric Benet dan pemenang American Idol musim kedua, Ruben Studdard.[19][20]

Pada tahun 2018, Cheryl menyanyikan lagu "Money (That's What I Want)" nyanyian asal Barrett Strong dalam bahasa Inggeris dan Mandarin dalam filem 2018, Crazy Rich Asians, adaptasi dari novel 2013 bertajuk sama karya Kevin Kwan.[21]

Cheryl telah melancarkan singlenya, "Here to Stay" pada 23 Disember 2018.[22][23] Dalam satu temu bual, beliau mengatakan lagu itu "bertujuan untuk mengilhamkan orang lain untuk bertekun melawan sesiapa pun yang mahu menjatuhkan anda."[24]

Cheryl bakal melancarkan single terbarunya, "Who Are You" pada 19 Jun 2020.[25]

Rujukan

WikiPedia: Cheryl K http://www.billboard.com/articles/business/8549319... http://www.imdb.com/name/nm0038031/ http://thisischerylk.com //www.worldcat.org/issn/0362-4331 https://www.asiaone.com/entertainment/how-22-year-... https://ew.com/movies/2018/08/17/crazy-rich-asians... https://www.facebook.com/thisischerylk/videos/one-... https://www.glamour.com/story/this-singer-audition... https://www.motherjones.com/media/2018/08/crazy-ri... https://www.nytimes.com/2018/08/08/movies/actors-c...